Friday, 17 April 2015

Resepi Dorayaki

Resepi Dorayaki

Bahan-bahan

100 gram tepung gandum
60gram gula
2 biji telur
2 sudu teh madu
Setengah sudu kecil soda bikarbonat
Setengah sudu kecil esen vanilla
Setengah sudu teh minyak masak
50ml susu segar / susu cair (boleh ditambah jika adunan terlalu pekat)

Inti : inti kacang merah yang manis.Boleh juga menggunakan inti lain seperti coklat, blueberry , strawberry dan lain-lain (mengikut citarasa)

Cara-caranya:

1.Pukul telur dan gula sehingga kembang.
2.Masukkan madu , esen vanilla dan minyak.Kacau sebati.
3.Setelah sebati masukkan tepung bersama soda bikarbonat yang telah diayak bersama.Kacau adunan hingga sebati.
4.Masukkan susu cair/susu segar dan kacau sebati (boleh ditambah susu cair/susu segar jika adunan terlalu pekat)
5.Panas kuali ‘non stick’.Tuangkan adunan ke dalam kuali dan bentukkan bulat.Ketebalan mengikut citarasa.
6.Apabila permukaan bawah adunan telah berwarna keperangan dan permukaan atas pula nampak gelembung seperti buih bolehlah diterbalikkan.Buat hingga adunan habis.
7.Sapukan inti pada sebelah pancake dan tutupkan dengan satu pancake.

LikeTweet

Resepi Kek Carrot


Resepi Kek Carrot

Bahan A

200g putih telur
100g gula kastor

Cara membuat:
putar putih telur dengan gula kastor dgn putaran laju hingga menjadi meringue (lebih kurang 3 minit)

Bahan B

300g mentega
300g gula kastor
300g parutan lobak merah
200g kacang hazel yg dikisar(pakai badam pon boleh)(saya prefer ditumbuk agar x trlalu halus)
350g tepung gandum
200g kuning telur
25 gram serbuk penaik
100ml susu segar

Cara membuat:
1. pukul mentega dan gula kastor hingga menjadi pekat.
2. masukkan kuning telur satu persatu.
3. masukkan parutan lobak merah, susu segar dan kacang hazel yg dikisar.
4. ayak tepung dan serbuk penaik bersama, tuang ke dalam adunan tadi dan gaul.(gunakan senduk)
5. masukkan putih telur dan gula kastor yg telah diputar ke dalam adunan perlahan-lahan.
6. tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 45 minit dgn kepanasan 180C (sehingga masak)

Hiasan
125g krim keju
30g gula kastor
1 biji telur

-pukul semua bahan di atas pada kelajuan sderhana sehingga gula larut dan berkrim. sapukan diatas kek yg telah masak dan disejukkan mengikut kreativiti.(saya pakai fresh krim je, putar sampai berkrim pastu sapu atas kek.senang.bleh beli kat kedai kek je fresh krim tu)

LikeTweet

Resepi Biskut Emping Jagung Nestum

Resepi Biskut Emping Jagung Nestum Yang Sedap Sekali

Bahan-bahan A:

250 gm mentega
150 gm gula aising
50 gm shortening
1 biji kuning telur
1/2 sudu kecil garam

Bahan-bahan B:

400 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 cawan nestum – dikisar halus
1/2 cawan emping jagung – dikisar halus
1/2 cawan serbuk gajus

Bahan-bahan Hiasan:

Kuning telur
Nestum- dikisar halus
Emping jagung – dikisar halus

Cara Menyediakan:

1. Putarkan bahan-bahan A.

2. Masukkan bahan-bahan B dan digaul rata sehingga menjadi doh lembut.

3. Canai dan terap sebarang bentuk. Sapu kuning telur ke atasnya dan taburkan nestum dan emping jagung kisar.

4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius selama 12-15 minit atau sehingga masak.

LikeTweet

Resepi Kek Span Pandan Yang Sedap

Bahan-bahan ( 1 biji kek )

- tepong super fine – 150 gram
- gula kastor – 150 gram
- telor – 5 biji telor A
- ovalette – 15ML – bersamaan 1 sudu besar
- air daun pandan – 80ML
- minyak / mentega cair -80ML
- pes pandan – 5ML/ 1sudu teh
- serbuk penaik – 5ML/1 sudu teh
- sedikit pewarna hijau

Cara-cara membuatnya..

1. satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)

2.  perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau…pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.

3. sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 – 180darjah celcius

4. bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek…lebih kurang 5 minit…bagi mengelakkan kek kita kempis…

5. pes pandan yang sweet guna..500ML -RM18.00…sweet kena la beli yang besar…jimat sikit…
kek dimasak mengunakan api bawah dan atas

LikeTweet

Resepi Chocolate Chip Oreo Cookies

Chocolate Chip Oreo Cookies

Bahan-bahan:
1/2 cawan butter (113g) – suhu bilik
1/2 cawan brown sugar
1/2 cawan gula halus (gula putih)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
secubit garam
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 packet biskut Oreo (packet yg panjang / 13 keping) – dipotong 4
1 cawan chocolate chips

Cara-cara :
1. Pukul butter, brown sugar & gula halus hingga kembang.
2. Masuk kan esen vanila & telur. Pukul hingga sebati.
3. Masuk kan tepung, baking powder & garam yg telah diayak terlebih dahulu. Gaul rata.
4. Masuk kan chocolate chips & biskut Oreo.
5. Ambil sesudu & letak kan keatas dulang pembakar. Leperkan sedikit. Jarak kan 2 centimetre antara adunan.
6. Bakar pada suhu 175 darjah celcius selama 12 – 15 minit.

LikeTweet

Resepi Caramel Macchiato Cheesecake

Caramel Macchiato Cheesecake
Oleh : Noor Abdul Rahim

Bahan-bahan:
2 cawan biskut digestive – dihancurkan
1/2 cawan butter – cairkan (115g)
670g cream cheese – suhu bilik
1 cawan gula (200g) – boleh kurangkan sekiranya tak suka manis sangat
3 biji telur
150g yogurt putih low fat
1/4 cawan (60ml) air kopi pekat tanpa gula
2 sudu kecil esen vanila

Bahan caramel sauce:
85g butter
3/4 cawan brown sugar
1 sudu besar air
secubit garam
85ml susu cair (evaporated milk/creamer)
1/2 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:
1. Satukan biskut digestive & butter cair. Gaul rata.
2. Terapkan biskut kedalam acuan. Bakar selama 8 min pada suhu 175 darjah celcius.
3. Pukul cream cheese sehingga kembang.
4. Masuk kan gula sedikit demi sedikit sehingga selesai.
5. Masuk kan telur sebiji demi sebiji, teruskan memukul.
6. Setelah kembang & sebati, masuk kan yogurt, air kopi & esen vanila. Gaul rata.
7. Turunkan suhu oven kepada 165 darjah celcius.
8. Tuang adunan creamcheese keatas base yg telah dibakar selama 8 minit tadi.
9. Balut acuan dengan aluminium foil.
9. Masuk kan acuan kedalam oven & bakar pada suhu 165 darjah celcius selama 1jam 5 minit melalui cara water bath (bain marie)
10. Bila cheesecake dah ready, tutup api oven & biarkan cheesecake di dalam oven selama 15 minit tetapi renggangkan pintu oven sedikit.
11. Selepas 15 minit, keluarkan cheesecake dari oven & renggangkan cheesecake dari tin pembakar, gunakan pisau kecil. Biarkan hingga agak sejuk sebelum dimasuk kan kedalam peti sejuk sekurang kurangnya 8 jam sebelum dihidangkan.
12. Cara membuat caramel sauce, satukan butter, brown sugar, air & garam.
13. Didihkan selama antara 5 minit sepanjang masa jgn berhenti kacau supaya tak hangus.
14. Setelah dialihkan dari api, perlahan-lahan tuangkan susu cair & esen vanila. Kacau rata. Biarkan betul betul tidak panas sebelum dituangkan keatas cheesecake.

** sebutan macchiato ialah ” makhiyato ” bila puan puan order macchiato di cafe inilah cara menyebutnya

** water bath / bain marie – masuk kan acuan kedalam bekas yg berisi air panas

LikeTweet

Resepi Kek Minyak

KEK MINYAK

5 biji telur
1/2 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder.
1 cawan susu pekat
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak masak
1 sudu teh esen vanila
pewarna

Cara-cara
1.Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
2.Masukkan susu pekat,garam dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
3.Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
4.Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata.
5.Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.
6.Bakar pada suhu 170 darjah selama 40-45 minit atau sehingga masak.

LikeTweet